Search This Blog

Friday, December 6, 2013

Lagu

Kerancakan sesebuah lagu mampu menghilangkan tekanan
Sama ada sedar atau tidak muzik banyak mempengaruhi minda
Terpulang pada individu yang mendengar
Setiap orang lain citarasa
Ada yang perlahan sehingga meleleh
Ada yang rancak sehingga diri tak tentu arah
Namun lagu tetap juga didengar
Tak kira kecil , besar, muda mahupun tua
Kepuasan yang diberikan agak memberangsangkan
Ada lagu yang menyampaikan sesuatu mesej
Ada juga yang meluahkan rasa hati
Tetapi kita selaku pendengar

Apa penghayatan yang kita bawa??

Pokok Petai Pak Mail

 Kampung kelapa kelihatan agak sunyi diwaktu malam. Jarum jam menunjukkan tepat 12 tengah malam. ‘’Pommmm pommmm’’ kedengaran bunyi mercun yang dimain oleh penduduk kampung. Kedengaran suara samar samar berteriak  ‘selamat tahun baru’. 1 januari 1998 Sudah100 tahun usia kampung kelapa. Suasana sunyi bertukar meriah. Anak anak kecil lari bergelimpangan seperti orang gila. Mana tidaknya tahun baru disambut  setahun sekali. Kelihatan anak muda duduk bersendirian di bawah pohon rendang merenung ke arah bulan, mungkin dia sedang memikirkan akan masa depannya. Kudin seorang lelaki berusia 40 an, masih bujang. Berkulit agak gelap, pendiam orangnya tetapi kuat berimaginasi. Kudin anak tunggal keluarga pak mail bersama mak imah. Pak mail lelaki berusia lewat 60an, seorang yang gigih dan ayah kepada kudin. Pak mail seorang pengusaha petai kecil kecilan. Orang kampung amat gemar akan petai pak mail. Rasa petainya itu amat luar biasa. Walaupon hanya memiliki satu pokok petai tetapi pak mail mampu menyara kehidupan keluarganya. Pokok petai milik pak mail sudah berusia 156 tahu tingginya sekitar 27 meter. Pokok ini diwarisi sejak turun temurun oleh keluarga pak mail. Melalui cerita nenek moyang pak mail pokok petai ini mampu mengeluarkan isi petai emas. Tetapi pak mail belom pernah melihat petainya menghasilkan isi emas. Pokok petai itu terletak jauh di tengah tengah hutan diantara bukit sewah dengan gunung melibu. Ia  memerlukan  perjalanan  selama 15 hari 14 malam untuk sampai ke gigi bukit sewah. Beberapa kampung perlu ditempuhi sebelom sampai di gigi bukit dan berbagai cabaran perlu ditempuhi semasa berada didalam bukit sewah.


Bersambung...

Thursday, December 5, 2013

Pengembaraan Hidup by [mR. Puad]






Yang hidup bisa mati...
Yang mati akan hidup kembali..
Yang hidup akan menikmati...
Atau disakiti...
Tetapi semua itu bermula di bumi..

Kita dilahirkan seperti kain putih yang sungguh suci...
Di alam roh sudah kita sama-sama berjanji pada Pencipta
Untuk taat kepada-NYA..
Setelah sampai di bumi lain pula ceritanya..
Bermacam ragam dan panorama..
Ada yang hitam tak bermata..
Ada yang biru tak tentu masa..
Ada yang kuning tak kira usia..
Ada yang kelabu tanpa rasa...
Tapi masih lagi ada yang putih suci di mata..

Di kala disuruh berbuat baik..
Menunggu seru jawapannya.

Wednesday, December 4, 2013

Hancurnya Kedamaian by [mR. Puad]






Berjalan-jalan..
Melihat keindahan..
Menyusuri lembah..
Sungai deras melalui..
Ombak membadai pantai..
Hujan turun memberi rahmat pada alam..
Bunga-bunga mekar dengan cantiknya..
Bunyi-bunyian yang merdu memecah kesunyian..
Sungguh indah ciptaan tuhan..

Tetapi adakah semua ini berkekalan?

Terjaga Dari Tidur yang Nyenyak by [mR. Puad]





Bila di beri..
Aku menerima..
Aku tersenyum dan gembira..
Terus memberi sokongan dan khidmat yang berguna
Zaman terus berjalan tanpa ada erti rehatnya
Terus berlaku perubahan demi perubahan
Perjalanan yang panjang yang penuh dengan corak yang berwarna-warna
Terus aku tidur dengan suka
Tidur yang selesa..
Tidur yang membuat aku terus leka...
Tidur yang memberi kegelapan pada pandangan mata..
Tidurku semakin nyenyak

Nyenyak tidurku semakin diganggu..
Aku merasa sesuatu yang mengacau tidurku
Yang membebankan pikiranku
Yang memusnahkan mimpi-mimpi indahku
Adakah sesuatu bakal menjatuhkanku

Tuesday, December 3, 2013

Cinta zaman muda -Tong-

‘Sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa mencoba menahan’
Okay cukop.
Apa sebenarnya lagu ni nak tujukan
Kenapa merungut kalau orang dah tak mahu
Kenapa nak bazirkan masa mengejar orang yang tak sudi
Kenapa perlu menghabiskan airmata
Terdesakkah ??
Hahahaha , agaknya tiada perempuan lain di bumi ini
Jikalau perempuan tiada hidup akan gelap agaknya?
Bagaimana pula jikalau ibu bapa sudah tiada?
Cukup besarkah cinta itu
Kalau besar mana buktinya?
Peluk ka?
Cium ka?
Ataupun dengan menggadaikan harga diri?
Itukah makna cinta
Cinta boleh bawa kita kemana?
Boleh bawa kebahagian?
Pastikah anda?
Bagaimana pula cintanya hanya pada rupa
Kekalkah rupa itu?
Cinta wang pula bagaimana
Kekuburkah wang itu?
Ini bukan cinta islamik.
Tengok balik, ramai anak muda mempertengahkan cinta islamik
Tetapi bagaimana pembawaannya?
Tetap juga berpelokan
Yang bersongkok dengan cara bersongkok
Yang berhijab lebih kurang juga hebatnya
Bila nafsu sudah menggila
Akal yang luas tiada makna
Syaitan kering mengilai ketawa
Melihat kejatuhan anak muda
Tambahan pula yang kuat imannya
Jatuh terduduk dibawa arus dunia
Selangkah demi selangkah kaki melangkah
Ke mana kaki itu pergi?
Ke syurgakah
Atau
Sebaliknya.

Monday, December 2, 2013

Gelap -Tong-

Hari ini hujan turun lagi
Turun membawa berita
Berita baik atau buruk agaknya
Langit yang cerah beransur gelap
Awan yang asalnya jauh
Kini semakin merapat
Menutup langit biru yang mencerah
Hilanglah si matahari
Tiada cahaya dapat menembusi
Awan semakin menebal
Hari begitu gelap
Seperti hendak malam
Jam baru 15.10pm
Tertanya si hati
Apa bakal terjadi
Jika keadaan ini berterusan
Hingga tahun hadapan
Mampukah aku hidop dalam kegelapan
Bumbung mula berbunyi
Menandakan hujan sudah turun
Tiada bunyi dentuman
Mana perginya guruh
Baru aku perasan
Bagaimana kehidupan orang
Yang buta matanya
Yang pekak telinganya
Bagaimana mereka lalui hari hari mereka
Begitu kuat mereka
Jalani hidop dengan penuh bermakna

Tiada keluhan di lontarkan

Mentari by -TONG-

Esok hari pasti mentari akan muncul
Tapi adakah seceria pagi sebelom ini
Burung burung menyanyi riang
Terbang kesana sini
Esok pagi pasti hadir
Hadirnya bersama luka
Ataupun suka
Ayam berkokok
Menandakan hari sudah mahu cerah
Tapi jikalau pagi itu mendung
Adakah sinar suria kelihatan
Buaian angin malam
Meresap ke dalam diri
Tambahan pula disambut kehadiran hujan
Bangunkah kita untuk menyambut kehadiran pagi

Ataupun terus terlena dibuai mimpi

Sempitkah?? by [mR. Puad]


Kisah Orang Sempit


Hidup melarat..tak ada tempat..Semakin hari semakin merempat..Datang orang melawat diberinya makan..diberinya keselesaan..diberinya kemudahan..Sedangkan ketika perginya ketika itulah segala kesenangan semakin menghilang..Perginya dengan senyuman..Dengan kegembiraan...Yang menambahkan keselesaannya..Adakah kita yang sempit perlu jadi bodoh...perlu jadi buta..perlu meminta-minta..Hanya melihat hak kita diperguna..Hanya melihat keperluan kita diguna..Hanya perlu tengok sumbangan diseleweng olehnya...

Bangunlah dari sempit...biar sempit harta jangan sempit pemikiran...biar berdarah luka..demi memperjuangkan hak kita..jangan bodoh semata-mata demi mendapat secebis rasa yang tak akan kekal lama...

Kisah Abang Adik by [mR. Puad]






Kisah Abang Adik

Bila ABANG dah besar.Abang kata kat adik, "Aku besar aku lah yang makan banyak" , kata Abang. Adik-adik diam tak terkata sebab tahu mereka tak mampu nak bersuara.Abang ambil dan makan.Adik-adik dapat lebihan yang cukup-cukup makan.Sampai bila setiap kali jadi ADIK perlu ditindas begitu.Sampai bila putaran penindasan akan terus berlaku.Adakah semua itu sesuatu yang bagus.Keadilan kah itu?? atau Kezaliman ??