Search This Blog
Saturday, April 12, 2014
Perjalanan by -mR PuAd-
Aku mulakan kehidupan..mulakan dengan perantauan..Aku cuba melihat dunia di sebelah sana..Aku cuba yakinkan diri untuk berjaya..
Aku mulakan langkah dengan Bismillah..Dengan harapan dan pertolongan dari yang Maha ESA..Perjalanan kini bermula..Kisah baru membuka bicara..
Aku pergi dengan semangat..dengan keazaman..dengan matlamat..Aku tak tahu adakah segalanya berjalan dengan lancar..tapi aku cuba terus tanpa perlu melihat di belakang..
Wednesday, February 12, 2014
Duka
Rasa tersisih
Selalu menyelubungi perasaan
Bila dilihat orang yang tidak dikenali bahagia
Kenapa kebahagian itu
Tidak hadir untuk mereka
Dikala mereka meraung kedukaan
Dikala airmata berlinangan
Kenapa kebahagiaan tidak wujud ketika itu
Kenapa kebahagiaan tidak menghapuskan kedukaan itu
Kenapa dibiarkan kesedihan itu menjadi parah
Kenapa tidak wujud raut senyum diwajah mereka.
Yang ada hanya airmata.
Monday, January 27, 2014
Kudin dan pokok petai (II)
Pagi
yang damai. Itu suasana permai di kampung pohon kelapa. Yang
berlatarbelakangkan tumbuh tumbuhan. Keadaan sangat aman di kampung ini. Pak
mail yang sesudah subuh bangun dari tidur segar menghirup kopi yang dibuat oleh
isteri tercintanya mak leha. Di tenung lama pak mail ada yang tidak lengkap.
Dia berasa macam ada kehilangan sesuatu. kudin tak bangun lagi ka leha? Tanya
pak mail. Mak leha Cuma menggelengkan kepala menandakan yang kudin masih lagi
berpelukan dengan syaitan. Pak mail bingkas bangun dari kerusi kayu terus ke
bilik kudin untuk mengejutkannya. Kudin!!!!! Bangun . pak mail menjerkah. Kudin
yang asyik berpelukan dengan syaitan itu terus terperanjat lalu bangun dengan
kepala yang agak pening. Biasalah bangun tidur secara mengejut boleh
memeningkan kepala. Tanpa berlengah lagi kudin mencapai tuala lantas ke bilik
air. Dia tahu jika dia masih tercegat disitu dia akan menerima ceramah motivasi
di pagi hari. Selesai menyegarkan tubuh kudin terus kedapur untuk mendapatkan
tenaga mutlak di pagi hari. Disangkakan ayahnya sudah tiada. Barangkali dia
tersilap langkah kali ini. Pak mail dengan senyuman sinis menunggu kudin di
ruang makan. Kudin dapat rasakan ayahnya ingin menyuruh dia lakukan sesuatu.
pak mail bersuara menegur kelakuan kudin diatas kelewatan bangun tidurnya itu. Sekali
lagi kudin tersilap. Pak mail bangun terus mengambil peralatannya untuk ke
gunung raden. Gunung raden terletak
dihutan belantara dimana kawasannya melintasi bukit sewah dengan gunung
melibu. Disitulah terletaknya pokok petai pusaka mereka. Kelihatan pak mail
membawa bekalan makanan iaitu cucur kodok bersama kopi O untuk dijamah sewaktu mengembara nanti. Mungkin dalam
masa berbulan bulan pak mail tiada dirumah kerana pergi memetik petainya itu.
Selaku
anak tunggal merangkap anak laki laki, kudin bertanggungjawab untuk menjaga
keamanan rumahnya dan ibunya. Kudin sudah biasa dengan keadaan sebegini. Di
kala ayahnya tiada dialah yang pergi ke pasar untuk menjual petai yang masih
belum habis. Kali ini pemergian pak mail agak sayup. Kudin berasa suatu perasaan
yang aneh. Yang selama ini dia tidak pernah merasakannya. Kudin ke depan pintu
utama untuk melihat pemergian ayahnya. Ayah.. boleh kudin iringi ayah sampai ke
hujung kampung? Tanya kudin. Pak mail yang masih berada dipagar buluh rumahnya
hanya menganggukkan kepala. Kudin tersenyum lantas menyarung selipar buruknya
berlari anak kearah ayahnya. Di dalam perjalanan kudin bertanyakan sesuatu pada ayahnya. Ayah,dimanakah pokok petai kita berada?. Pak mail menceritakan satu persatu. Pokok
petai itu berada betul betul di dalam hutan belantara di gunung raden.
Perjalanan kesana merentasi bukit sewah dan
gunung melibu. Untuk sampai ke bukit sewah memakan masa 15 hari 14
malam. Selepas itu akan menjumpai beberapa buah kampung. Setiap kampung
mempunyai suku kaum yang berbeza. Dimana kampung disitu sebilangan orang kuno
yang menggunakan bahasa yang pelik. Selepas melintasi kesemua kampung itu dalam
masa 7 hari 6 malam pak mail terpaksa meredah gunung melibu selama 8 hari 7
malam untuk sampai ke gunung raden. Kudin hanya mendiamkan diri sambil
mengamati setiap kata yang keluar dari mulut ayahnya. Akhirnya kudin dan pak
mail sampai di hujung kampung. Sebelum pak mail berangkat masuk ke dalam
belukar dia sempat berpesan pada kudin untuk menjaga rumah dan isterinya.
Dipesannya lagi kalau terjadi sesuatu yang tak diingini pergi ke telaga buta di
belakang rumah lalu angkatlah baldi pusaka dimana talinya yang sebesar penumbuk
anak muda.. pak mail melangkah pergi sambil diiringi senyuman kepada anaknya
kudin.
bersambung..
Saturday, January 18, 2014
malam lesu - Tong
Meredah kelesuan malam
Berbekalkan john putih bersama lighter
Melihat sekitar pekan
Dimalam yang tidak bermaya
Ku terpandang gelagat manusia
Dari pelbagai aspek
Ada yang kurus
Ada yang gemuk
Semuanya bergembira
Menikmati juadah malam mereka
Berbual tentang kenangan yang pernah mencuit hati mereka
Seakan baru semalam perkara itu terjadi
Diceritakan dengan penuh semangat
Hilai tawa meriuhkan suasana malam
Ini baru wajah anak muda
Friday, January 3, 2014
Ingat by [mR.Puad]
Tengok dalam dompet..berkeping duit RM50..
Periksa akaun bank beratus ribu duit di dalamnya...
Rumah besar macam Istana...
Pakai kereta dari luar tak nampak orang di dalamnya..
Tapi...
Guna Otak dan Akal
Nak cegah Penyakit Kencing Manis yang disebabkan GULA dengan Menaikkan harga Gula...
Abis kalau nak cegah masalah kemalangan jalanraya nek kan Harga Kenderaan lak erk...
Alasan apakah ni...
otak binatang mana yang dimakan ni...
Nak lakukan penjimatan kurangkan Elaun Menteri..
Elaun menteri dikurangkan adakah Harga Barang dan Kos Hidup terkurang jugak...
Alasan apakah ni...
otak binatang mana yang dimakan ni...
Berdebat bukan budaya kita...
Tapi pertandingan Debat dari sekolah rendah sampai ke peringkat kebangsaan dianjurkan boleh pulak...
Alasan apakah ni...
otak binatang mana yang dimakan ni...
Sebelum PRU..Buat Aku Janji untuk Rakyat...bukan Manifesto ...masuk surat khabar kata harga barang tak akan naik..nak bagi macam-macam...
Selepas PRU...Abis semua naik...Alasan untuk pembagunan negara...
Alasan apakah ni...
otak binatang mana yang dimakan ni...
2014 Tahun Kenaikan
Tahun membantu negara..
Tahun Rakyat terus sengsara
2014 Tahun Kenaikan
Tahun membantu negara..
Tahun Rakyat terus sengsara
Barang Naik
Hatiku bagai terusik bila mendapat tahu harga
barang semakin meningkat
Apa sebenarnya percaturan kerajaan
Tidakkah mereka fikir tidak semua rakyatnya orang
berada
Bagaimana pula dengan siswa siswi
Mereka bertungkus lumus belajar untuk menjamin
masa depan
Dalam masa yang sama mereka terhimpit dengan
kewangan
Adakah mereka mampu memberi tumpuan pada
pembelajaran mereka
Dalam keadaan yang menekan
Keadaan yang menindas
Siapa yang tahan dalam keadaan yang begini??
AZAM
2014 sudah pun mula menampakkan dirinya
Setiap kali masuk tahun baru azam pun mestilah
baru
Tapi kenapa perlu setiap tahun memerlukan azam
yang berlainan
Kenapa tidak samakan sahaja setiap tahun dengan
azam yang sama
Kelihatan agak pelik jika hanya memasang azam
sedangkan diri menafikan untuk memenuhi azam itu
Awal tahun boleh la semangat bermacam
Cuba tengok pertengahan tahun
Ada nampak hasil azamnya itu
Phewww terbang beriringan bersama harapan
Adakah itu azam?
Subscribe to:
Posts (Atom)