Search This Blog

Monday, January 27, 2014

Kudin dan pokok petai (II)

Pagi yang damai. Itu suasana permai di kampung pohon kelapa. Yang berlatarbelakangkan tumbuh tumbuhan. Keadaan sangat aman di kampung ini. Pak mail yang sesudah subuh bangun dari tidur segar menghirup kopi yang dibuat oleh isteri tercintanya mak leha. Di tenung lama pak mail ada yang tidak lengkap. Dia berasa macam ada kehilangan sesuatu. kudin tak bangun lagi ka leha? Tanya pak mail. Mak leha Cuma menggelengkan kepala menandakan yang kudin masih lagi berpelukan dengan syaitan. Pak mail bingkas bangun dari kerusi kayu terus ke bilik kudin untuk mengejutkannya. Kudin!!!!! Bangun . pak mail menjerkah. Kudin yang asyik berpelukan dengan syaitan itu terus terperanjat lalu bangun dengan kepala yang agak pening. Biasalah bangun tidur secara mengejut boleh memeningkan kepala. Tanpa berlengah lagi kudin mencapai tuala lantas ke bilik air. Dia tahu jika dia masih tercegat disitu dia akan menerima ceramah motivasi di pagi hari. Selesai menyegarkan tubuh kudin terus kedapur untuk mendapatkan tenaga mutlak di pagi hari. Disangkakan ayahnya sudah tiada. Barangkali dia tersilap langkah kali ini. Pak mail dengan senyuman sinis menunggu kudin di ruang makan. Kudin dapat rasakan ayahnya ingin menyuruh dia lakukan sesuatu. pak mail bersuara menegur kelakuan kudin diatas kelewatan bangun tidurnya itu. Sekali lagi kudin tersilap. Pak mail bangun terus mengambil peralatannya untuk ke gunung raden. Gunung  raden terletak dihutan belantara dimana kawasannya melintasi bukit sewah dengan gunung melibu. Disitulah terletaknya pokok petai pusaka mereka. Kelihatan pak mail membawa bekalan makanan iaitu cucur kodok bersama kopi O untuk dijamah sewaktu mengembara nanti. Mungkin dalam masa berbulan bulan  pak mail tiada dirumah kerana pergi memetik petainya itu.

Selaku anak tunggal merangkap anak laki laki, kudin bertanggungjawab untuk menjaga keamanan rumahnya dan ibunya. Kudin sudah biasa dengan keadaan sebegini. Di kala ayahnya tiada dialah yang pergi ke pasar untuk menjual petai yang masih belum habis. Kali ini pemergian pak mail agak sayup. Kudin berasa suatu perasaan yang aneh. Yang selama ini dia tidak pernah merasakannya. Kudin ke depan pintu utama untuk melihat pemergian ayahnya. Ayah.. boleh kudin iringi ayah sampai ke hujung kampung? Tanya kudin. Pak mail yang masih berada dipagar buluh rumahnya hanya menganggukkan kepala. Kudin tersenyum lantas menyarung selipar buruknya berlari anak kearah ayahnya. Di dalam perjalanan kudin bertanyakan sesuatu pada ayahnya. Ayah,dimanakah pokok petai kita berada?. Pak mail menceritakan satu persatu. Pokok petai itu berada betul betul di dalam hutan belantara di gunung raden. Perjalanan kesana merentasi bukit sewah dan  gunung melibu. Untuk sampai ke bukit sewah memakan masa 15 hari 14 malam. Selepas itu akan menjumpai beberapa buah kampung. Setiap kampung mempunyai suku kaum yang berbeza. Dimana kampung disitu sebilangan orang kuno yang menggunakan bahasa yang pelik. Selepas melintasi kesemua kampung itu dalam masa 7 hari 6 malam pak mail terpaksa meredah gunung melibu selama 8 hari 7 malam untuk sampai ke gunung raden. Kudin hanya mendiamkan diri sambil mengamati setiap kata yang keluar dari mulut ayahnya. Akhirnya kudin dan pak mail sampai di hujung kampung. Sebelum pak mail berangkat masuk ke dalam belukar dia sempat berpesan pada kudin untuk menjaga rumah dan isterinya. Dipesannya lagi kalau terjadi sesuatu yang tak diingini pergi ke telaga buta di belakang rumah lalu angkatlah baldi pusaka dimana talinya yang sebesar penumbuk anak muda.. pak mail melangkah pergi sambil diiringi senyuman kepada anaknya kudin.

bersambung..

No comments:

Post a Comment