Search This Blog

Friday, January 3, 2014

Ingat by [mR.Puad]


Tengok dalam dompet..berkeping duit RM50..
Periksa akaun bank beratus ribu duit di dalamnya...
Rumah besar macam Istana...
Pakai kereta dari luar tak nampak orang di dalamnya..

Tapi...


Nak bangun awal pagi cukup susah la pulak...
Solat yang hanya 5 minit mengerjakannya cukup payah dilakukannya...
Asa macam angkat batu letak dikepala...
Pergi masjid(hari Jumaat) RM1 jugak yang didermakannya..

Apakah kita sudah lupa akan pencipta yang telah memberikan segalanya...
Atau kita buta dengan kemewahan yang sementara..
Adakah kita akan terus bersuka-ria tanpa ada batasnya...
Sedangkan ia bakal membawa sengsara di akhirat sana..

Ingatlah...

Apa yang dialami sekarang hanya sementara..
Yang celik bakal pejam juga..
Katil terakhir di dalam tanah yang cukup indah bagi yang bertaqwa...
Kain putih itu pakaian terakhir kita...
Batal pula disalut tanah..
Yang di dunia tak akan ikot kita bersama..
Cukup amalan senyumlah jawabnya..
Jika tidak yang sebaliknya akan dirasa...

Amalan yang baik mudah sebenarnya..
Yang sentiasa membawa keindahan kepada kita..
Rasalah kenikmatan dunia dengan seadanya..
Supaya kita tak terlalai sentiasa..

*Renungan Bersama
~Islam menggalakkan kita saling ingat-mengingati kerana kita manusia yang tidak sempurna dari segalanya~
#SenyumSelalu

No comments:

Post a Comment