Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Pemuzik Jalanan

Kelibat si pemuzik jalanan seperti orang yang tiada arah tuju
Memetik gitar sambil bernyanyi
Menghiburkan hati orang yang melaluinya
Ada juga yang mengikat bangsi digitarnya
Sambil memetik, bangsi ditiup
Kebolehan semula jadi ini dikurniakan ilahi
Siapa yang berhati baik pasti memberi sedikit wang
Di atas kemahirannya mampu berdiri dengan kakinya sendiri
Umpama kais pagi makan pagi, 
kais petang makan petang
Segelintir mempunyai pekerjaan 
pekerjaan yang menjamin masa hadapan
Tetapi kerana cintakan muzik
Mereka tetap jua meneruskan 
perjuangan seorang pemuzik jalanan.



No comments:

Post a Comment