Terkenang kembali zaman
kanak kanak dahulu dimana tidak merasa kesempitan hidop. Walaupun kesempitan
itu ada tetapi naluri kanak kanak tidak dapat mentafsirnya. Hanya senyuman yang
mampu mengukir seribu airmata. Hari demi hari dilalui dengan penuh bermakna.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja aktiviti yang berguna bagi memenuhi jadual
harian mereka. Mungkin mereka kecil, mereka tidak mampu berkata apa apa, mereka
juga tidak mampu menilai dimana kebaikan dimana kejahatan. Apabila mereka sudah
remaja , mereka masih lagi dikongkong dan tidak dibenarkan melalui hari hari
normal seperti remaja yang lain. Jauh disudut hati mereka satu perasaan
dipenjara wujud. Mereka mula memberontak meminta kebebasan walaupun sedikit
mungkin cukup bermakna bagi mereka. Sedang hari demi hari berlalu perasaan itu
makin menebal, yang asalnya pemberontakan yang kecik menjadi malapetaka pada
diri mereka sendiri. Hidop yang dulu penuh senyuman kini hanya tinggal sifat
penuh kebencian. Terdetik hati mereka ingin jua menikmati bagaimana rasanya
hidup bebas, bebas berkawan, bebas berbual, bebas kemana sahaja. Bila keinginan
disekat mula mereka merasa tidak berguna tambahan diejek rakan mengatakan ‘ANAK
EMAK’. Perkataan itu pasti menyemarakkan lagi api kebencian yang selama ini
dipendam. Berbisik hati kecil mereka lawan mereka, arhhh jangan biarkan mereka
mengejekmu. Lantas bergelutlah si anak muda yang terkongkong melepaskan segala
dendam kesumat kepada si pengejek. Darah anak muda memang mudah terbakar, Akal
fikiran tidak berfungsi lagi pada masa itu, hanya mengingati wajah wajah
kebencian. Wajah siapakah? Wajah yang mengongkongnya atau wajah orang yang
mentertawakannya. Bisikan kecil mula memenuhi setiap sudut telinganya. Tiada
satu bisikan yang menyenangkan hanya bisikan yang penuh muslihat dan
kedendaman. Kelakuannya seperti dirasuk syaitan kering yang dahagakan
kejahatan. Anak kecil yang asalnya seorang yang periang dan sopan bertukar
menjadi seorang yang agresif dan pemarah. Pantang berlawan arus pasti menerima
balasan daripada nya. Raut wajah yang dulu suci beransur menjadi kerut seribu.
Gaya rambut mula ditukar, yang dahulunya sikat tepi kini sudah mula terpacak
sana sini. Namanya kini menjadi bualan hangat setiap pelusuk sekolah. Haaaaa ,
baru kini si anak muda itu puas. Puas menikmati hidopnya yang kini dirasakan
remaja sejati. Mentalitinya mudah terusik yang dahulunya hidop keseorangan kini
ingin hidup berpasangan mana boleh tahan rakan rakan lain sedang seronok
berasmara bersama gadis gadis mereka, dia pun mahukan juga keseronokan itu.
Biasalah waktu remaja singkat sahaja nanti dah dewasa mana sempat nak merasa
semua ini, sibuk kerja lah, nak bayar itu ini lah. Desus hati kecilnya, yang
dulu cuma inginkan kebebasan tetapi sekarang mahukan pula keseronokan. Bila
diri mula dikuasai syaitan benda yang haram nampak begitu indah. Perasaan
meronta ronta inginkan kepuasan itu. Malulah jika orang lain mampu membuat
kejahatan sedangkan diriku tidak melakukannya. Keadaan ini semakin hari memakan
diri. Hanyut dipukul gelombang dunia, dibadai lautan dosa. Tidakkah si anak
muda ini terfikir apa bakal terjadi padanya suatu masa nanti. Apakah
keseronokan ini menjamin tempatnya disana. Kebebasan perlu dikecapi bagi setiap
manusia tetapi ada batasnya. Janganlah terlalu ghairah mengejar kehendak hati
sedangkan rohani meronta meminta ketenangan.
No comments:
Post a Comment