Kampung kelapa kelihatan agak sunyi diwaktu
malam. Jarum jam menunjukkan tepat 12 tengah malam. ‘’Pommmm pommmm’’ kedengaran
bunyi mercun yang dimain oleh penduduk kampung. Kedengaran suara samar samar
berteriak ‘selamat tahun baru’. 1
januari 1998 Sudah100 tahun usia kampung kelapa. Suasana sunyi bertukar
meriah. Anak anak kecil lari bergelimpangan seperti orang gila. Mana tidaknya
tahun baru disambut setahun sekali. Kelihatan anak muda duduk bersendirian di bawah pohon rendang merenung ke arah bulan, mungkin dia sedang memikirkan akan
masa depannya. Kudin seorang lelaki berusia 40 an, masih bujang. Berkulit agak
gelap, pendiam orangnya tetapi kuat berimaginasi. Kudin anak tunggal keluarga pak mail bersama mak
imah. Pak mail lelaki berusia lewat 60an, seorang yang gigih dan ayah kepada
kudin. Pak mail seorang pengusaha petai kecil kecilan. Orang kampung amat gemar
akan petai pak mail. Rasa petainya itu amat luar biasa. Walaupon hanya memiliki
satu pokok petai tetapi pak mail mampu menyara kehidupan keluarganya. Pokok petai
milik pak mail sudah berusia 156 tahu tingginya sekitar 27 meter. Pokok ini
diwarisi sejak turun temurun oleh keluarga pak mail. Melalui cerita nenek
moyang pak mail pokok petai ini mampu mengeluarkan isi petai emas. Tetapi pak mail
belom pernah melihat petainya menghasilkan isi emas. Pokok petai itu terletak jauh
di tengah tengah hutan diantara bukit sewah dengan gunung melibu. Ia memerlukan
perjalanan selama 15 hari 14
malam untuk sampai ke gigi bukit sewah. Beberapa kampung perlu ditempuhi sebelom
sampai di gigi bukit dan berbagai cabaran perlu ditempuhi semasa berada didalam
bukit sewah.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment