Bukan senang nak menjadi orang yang dipandang tinggi
Segala tingkah laku diperhati dari rambut hingga
ke kaki
Baju, seluar segalanya mesti la ada nama
Bak kata orang biar papa asal bergaya
Tutur kata, gaya badan semua dikawal rapi
Agar tiada kecacatan di hadapan si pemerhati
Bebaskah orang sebegini
Hidop serba tidak kena
Ibarat menjadi hamba si pemerhati
Agar nampak kesempurnaanya
Jauh disudut hati
Ingin dia berlari
Berlari jauh meninggalkan penipuan ini
Ingin bebas melakukan apa sahaja
Ingin bebas kemana jua
Ingin bebas bergaul dengan siapa
Ingin menjadi manusia biasa
Biar hidop serba kekurangan
Asalkan tubuh dan hati tidak dirantai si
pemerhati.
No comments:
Post a Comment