Yang hidup bisa mati...
Yang mati akan hidup kembali..
Yang hidup akan menikmati...
Atau disakiti...
Tetapi semua itu bermula di bumi..
Kita dilahirkan seperti kain putih yang sungguh suci...
Di alam roh sudah kita sama-sama berjanji pada Pencipta
Untuk taat kepada-NYA..
Setelah sampai di bumi lain pula ceritanya..
Bermacam ragam dan panorama..
Ada yang hitam tak bermata..
Ada yang biru tak tentu masa..
Ada yang kuning tak kira usia..
Ada yang kelabu tanpa rasa...
Tapi masih lagi ada yang putih suci di mata..
Di kala disuruh berbuat baik..
Menunggu seru jawapannya.
.
Adakah ketika nyawa dikepala?
Atau musibah telah menimpa?
tetapi itulah yang selalu berlaku..
Di dunia bukan tempat untuk kita bersuka-ria..
Buat sesuatu tanpa mengira batasnya...
Setiap perkara ada hadnya..
Agar kita tak terus selesa..
Tak semestinya kena berkopiah putih baru boleh bersuara..
Tak semestinya kena putih baru boleh berkata-kata..
Tak boleh juga kata itu hal setiap manusia..
Sebagai saudara perlu mengingati sesama..
Kita bukan hidup sebatang kara..
Hidup di dunia banyak warnanya..
Selagi yang baik di timpa dikepala
Jangan melenting tak ingat dunia..
Ambillah yang baik untuk diguna..
Walaupun penyampai biasa orangnya..
Ini antara nasihat Luqman yang mulia orangnya..
Segala renungan untuk bersama..
Bukan nak tunjuk hebat kepada dunia..
Insan yang lemah masih ada dalam diri..
Kerana hidup masih belum cukup kuat untuk berbakti..
Buka minda , buka pikiran..
Jangan ingat hidup akan kekal selamanya..
Biar tak pandang di dunia
Tapi yang penting senyuman dari yang MAHA ESA..
No comments:
Post a Comment